Kadar tetap
Sungguhpun kerajaan belum menentukan kadarnya ketika Rang Undang¬Undang GST dibentangkan, ia telah membayangkan kadar tetap akan bermula daripada empat peratus, katanya. "Pada kadar ini, GST adalah lebih rendah daripada cukai jualan dan perkhidmatan pada masing¬masing 10 peratus dan enam peratus," katanya. Syarikat dengan pendapatan tidak melebihi RM500,000 setahun juga mungkin dikecualikan daripada mengenakan GST, katanya. "Ini bermakna, kita akan membayar harga yang lebih rendah untuk beberapa barangan dan perkhidmatan jika perniagaan itu menyalurkan penjimatan itu kepada rakyat. "Dalam dunia sebenar, bagaimanapun, ini tidak selalunya teijadi, memandangkan beberapa perniagaan akan mengambil kesempatan dan menyimpan penjimatan itu sebagai keuntungannya," katanya. Pakar ekonomi itu berkata dengan GST, kerajaan akan mengumpulkan lebih banyak pendapatan dan aktiviti mengelak cukai boleh dikurangkan berikutan mekanisme cukai itu yang boleh mengekang perkara itu. "Ia adalah cukai yang lebih adil kerana ia adalah cukai berdasarkan penggunaan. Lebih banyak anda pakai, lebih banyak anda bayar. Sebaliknya, semakin rajin anda bekerja, semakin banyak pendapatan anda dan anda patut menikmati cukai yang kurang," katanya.
Berita Harian
13 Jul 2013